Kenapa gugur kandungan
Soalan Lazim ArtikelKesihatan FAQ Media Kerjaya Panel Doktor Alamat Hubungi Kami Faktor Utama Punca Keguguran, Petanda & Simptom Pada Kehamilan Dikemaskini pada: Jun 4, 2020. (Dr.Azim Mustafa Hj.Othman) SOALAN KESIHATAN:sejahtera dan terima kasih khas buat doktor yang sudi melapangkan masa untuk membaca luahan hati serta soalan berkenaan dengan keguguran. Untuk pengetahuan anda, saya merupakan bakal ibu yang berumur 24 tahun dan semalam merupakan hari pertama saya mengesahkan kandungan serta pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak. Kandungan saya kini baru saja berusia 6 minggu dan ianya disahkan melalui pengiraan hari terakhir saya datang haid serta imbasan ultrasound. Saya ada keresahan berkenaan dengan masalah keguguran kerana kakak saya pernah mengalami masalah ini ketika kandungan pertama beliau. Saya amat khuatir jika perkara yang sama ini berlaku keatas saya. Bolehkah doktor ceritaka...