Faktor Penyebab Keguguran
Faktor Utama Punca Keguguran, Petanda & Simptom Pada Kehamilan
Dikemaskini pada: Jun 4, 2020
SOALANSSOALAN:sejahtera dan terima kasih khas buat doktor yang sudi melapangkan masa untuk membaca luahan hati serta soalan berkenaan dengan keguguran. Untuk pengetahuan anda, saya merupakan bakal ibu yang berumur 24 tahun dan semalam merupakan hari pertama saya mengesahkan kandungan serta pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak. Kandungan saya kini baru saja berusia 6 minggu dan ianya disahkan melalui pengiraan hari terakhir saya datang haid serta imbasan ultrasound. Saya ada keresahan berkenaan dengan masalah keguguran kerana kakak saya pernah mengalami masalah ini ketika kandungan pertama beliau. Saya amat khuatir jika perkara yang sama ini berlaku keatas saya. Bolehkah doktor ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan isu ini.
Salam sejahtera kembali buat anda dan tahniah kerana bakal menimang anak serta menjadi seorang ibu. Walaupun kakak anda pernah mengalami masalah tersebut, tidak semestinya anda akan mengalami fenomena yang sama. Hal ini kerana masalah ini bukanlah masalah keturunan ataupun berjangkit antara satu sama lain. Untuk pengetahuan anda, 80% keguguran berlaku pada 13 minggu pertama kandungan yakni pada trimester pertama dan peratusan tersebut menurun pada minggu kandungan yang seterusnya. Namun begitu, punca kepada masalah ini berbeza mengikut minggu kandungan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan punca serta tanda keguguran 6 minggu sila baca penulisan di bawah.
4 Punca Yang Menyumbang Kepada Masalah Keguguran▲
1. Masalah Kromosom Janin
Ralat pada bacaan kromosom janin merupakan punca keguguran yang paling lazim berlaku pada awal kandungan iaitu pada trimester pertama. Untuk pengetahuan am, trimester pertama merangkumi minggu awal kandungan sehinggalah minggu 13. Kromosom merupakan protein dalam badan yang bertindak menentukan struktur badan, warna kulit sehinggalah senipis rambut dan pada pemahaman santifiknya dikenali sebagai genetik. Dalam erti kata lain, masalah pada bacaan kromosom ini akan mengakibatkan bayi yang bakal lahir berada pada keadaan yang tidak cukup sifat ataupun berbeza daripada orang lain. Masalah seperti ini selalunya berlaku pada golongan wanita yang mengandung pada usia yang lebih berumur iaitu 35 tahun keatas.
2. Masalah Kesihatan
Bagi trimester kedua pula yakni kandungan bermula pada minggu 13 sehinggalah minggu ke 24, masalah kesihatan merupakan penjenayah utama yang menyumbang kepada permasalahan ini. Antara masalah kesihatan yang menyumbang kepada fenomena ini ialah:
- Sakit kronik seperti kencing manis ataupun darah tinggi yang tidak terkawal. Seperti yang kita sedia maklum, sakit dua sekawan ini amatlah terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan jika tidak dikawal, banyak komplikasi yang akan timbul. Sakit seperti ini akan menganggu fisiologi normal ketika mengandung dan akhirnya membawa kepada masalah keguguran.
- Masalah autoimmune iaitu antibodi menyerang sel badan sendiri. Berdasarkan statistik perubatan, sakit berkenaan dengan autoimmune sering terjadi pada kaum hawa dan perkara ini bertambah rumit ketika mereka mengandung. Hal ini kerana, antibodi tersebut akan menyerang bayi dalam perut dan akhirnya menyebabkan keguguran.
- Masalah kepada sarang peranakan ataupun serviks. Rahim ini boleh diumpakan sebagai rumah bagi bayi yang dalam kandungan dan serviks pula dianggap sebagai pintu pada rumah yakni rahim. Jika terdapat masalah pada kedua-dua struktur ini, maka tempat tinggal janin terganggu dan hal lah yang mengundang kepada masalah keguguran. Antara contoh masalah yang boleh timbul ialah ketumbuhan dalam rahim fibroid, serviks yang lemah serta ketumbuhan pada serviks.
3. Gaya hidup yang tidak sihat
Bercerita tentang gaya hidup, setiap sakit akan terkesan daripada cara seseorang kendalikan hidup mereka. Kata orang, “kalau mahu hidup lebih panjang amalkanlah gaya hidup yang sihat”. Sebab itu, kita ditegah daripada merokok, tidak menyalahgunakan dadah serta kurangkan pengambilan alkohol. Merokok terutamanya akan memberi kesan kepada penghasilan saluran uri yang mana merupakan platform bayi mendapatkan nutrien.
4. Terdedah kepada persekitaran yang berbahaya ataupun keadaan kurang kondusif
Persekitaran manusia kini sememangnya sudah pun tercemar dan paling tidaknya asap rokok daripada orang sekeliling kita. Selain itu, kandungan lead atau plumbum pada paip lama, merkuri pada bahan-bahan seperti termometer, semburan pembunuh nyamuk serta pelarut pada cat boleh mengundang masalah kepada kesihatan badan. Bahan-bahan kimia ini merupakan toxic kepada kandungan anda dan akhirnya boleh mengundang kepada masalah keguguran. Selain bahan kimia, trauma atau kemalangan juga boleh mengundang kepada masalah ini. Ada betulnya drama televisyen kalau watak perempuan mengandung jatuh, pastinya disusuli dengan lakonan dalam hospital dan susunan skrip “Maaf ya, kami tak dapat nak selamatkan anak anda”.
Tanda-Tanda Keguguran Yang Mengancam Nyawa▼
Kesan Keguguran Di Awal Kehamilan▼
Rujukan
Soalan berkenaan - Punca Keguguran, Keputihan Tanda Gugur, Tanda Keguguran 6 Minggu, Keputihan Tanda Keguguran, Ciri Gumpalan Darah Keguguran
Dapatkan nasihat kesihatan,konsolitasi kesihatan, Pertanyaan penggunaan ubat yang selamat, pertanyaan kesihatan alat sulit,pertanyaan tentang kaedah pengguguran,pertanyaan tentang penyakit dalaman wanita di klinik herba atau hubungi untuk temujanji di 0134854940 atau emeilkan www.herba klinikfarmasi.com
Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)

Ulasan
Catat Ulasan